Wednesday, 19 February 2014

Pinjaman Dari Allah...

Apa kita buat bila kita pinjam barang orang???

Mesti kita kena jaga baik-baik kan, jadi bila kita nak pinjam lagi sekali, senang dapat. X mustahil juga dia akan bagi pinjam barang yang lebih tinggi nilainya daripada barang yang pertama ye tak?

Lagi satu, bila kita meminjam sesuatu, belum tentu benda yang kita dapat tu sempurna kan? Boleh jadi barang pinjaman tu, mungkin robek ke, koyak ke, patah sikit ke tapi masih boleh guna.. Tapi boleh tak kita komen banyak dan macam-macam pada pemberi pinjam tu? Tentulah x bole, mana tau tiba-tiba dia tarik balik pelawaan dia untuk memberi pinjam pada kita atau kata lain langsung xdapat pinjam..ha..kan naya je..

Selalu bila dah meminjam, mesti kita nak balas balik budi pemberi pinjam. Betapa baiknya pemberi pinjam bagi pinjaman yang berharga pada kita. Caranya kita jaga elok-elok pinjaman tu. Kita pastikan pemberi pinjam tu gembira, kalau boleh kita balas balik pinjaman yang diberi dengan memberi pinjaman yang lebih baik pada dia. Mesti dia seronokkan..:)

So terkait pulaklah pada Surah At-Tagabun Ayat 17 "Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat)."

Jadi berbalik kepada pinjaman yang dimaksudkan. Baiknya Allah memberi pinjaman kepada kita, ibu ayah, adik beradik, saudara, tempat tinggal, udara, kerja, makanan...tetapi bagaimana agaknya cara kita menjaganya.

Berapa kali kita bersungut atau mengeluh dengan makanan yang kita makan, dengan kerja yang kita dapat dengan kawan-kawan yang berkawan dengan kita. Sedang semuanya itu sebagai pinjaman untuk kita, jadi layakkah kita mempersoalkannya?

Bukankah lebih baik kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi dan insyaAllah berkat kesabaran kita menjaga nikmat-nikmat tersebut, tanpa bersungut dan redha, memelihara hubungan, insyaAllah, Allah akan membalasnya di akhirat nanti malah berlipat kali ganda.

Oleh sebab itu, marilah sama-sama kita jaga pinjaman Allah ini sebaik-baiknya kerana ada habuannya di akhirat sana nanti..insyaAllah..:)

19/2/14 10.50 malam